Niat


عَنْ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ  قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ :

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

 

(رواه البخاري و مسلم)

Dari Umar bin Al Khaththab diatas mimbar berkata; saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; Barangsiapa niat hijrahnya karena dunia yang ingin digapainya atau karena seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan.”

 (HR. Bukhari dan Muslim)[1]

Mutiara Hadis :

  • Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama karena riya’, menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan faedah apa-apa.
  • Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar karena niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil karena niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
  • Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah.
  • Siapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikaruniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
  • Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikaruniakan pahala.

Mausuah al-Hadis riwayat Bukhari No. 1, juga diriwayatkan dalam Bukhari no. 52, 6195, dan 6439, Muslim No. 3530, Abu Dawud No. 1882, Tirmidzi No. 1571, Nasa’i No. 74, 3383, 3734, Ibnu Majah No. 4217, dan Ahmad No 163, 283.