Hadis 606


اي أاب ذر ما السماوات السبع يف الكرسي إال كحلقة ملقاة يف فالة، وفضل العرش على الكرسي كفضل الفالة على تلك احللقة.

“Wahai Abu Dharr, langit yang tujuh pada Kursi, hanyalah seumpama cincin yang tergeletak di
gurun. Dan kelebihan ‘Arash atas Kursi adalah bagai kelebihan gurun atas cincin itu.”

Takhrij Hadis:

Hadis dengan redaksi ini ditemukan hanya diriwayatkan oleh Abu al-Shaykh dalam al-
‘Azamah melalui jalur yang sama dengan riwayat Ibn Hibban dalam al-Sahih, al-Bayhaqi dalam
al-Asma’, Abu Nu’aym, al-Ajuri dalam al-Arba’in dan Abu al-Shaykh dalam al-‘Azamah.
Semuanya meriwayatkannya dalam hadis yang panjang melalui Ibrahim bin Hisham bin Yahya
al-Ghassani dari bapaknya dari kakeknya dari Abu Idris al-Halwani dari Abu Dharr. Redaksi awal
dari hadis-hadis tersebut adalah (kecuali satu dari riwayat-riwayat Abu al-Shaykh),

اي أاب ذر إن للمسجد حتية فاركعها

di dalamnya terdapat hadis ini dengan redaksi,

قالت: اي رسول هللا فأي ما أنزل هللا عليك أعظم؟ قال: آية الكرسي. مث قال: اي أاب ذر ما السموات السبع مع الكرسي إال
كحلقة ملقاة أبرض فالة، وفضل العرش.1428

Ahmad dan al-Bazzar juga meriwayatkan hadis yang panjang ini melalui ‘Ali bin Yazid
dari al-Qasim dari Abu Umamah. Tetapi selepas kata-kata الكرسي آية, tidak terdapat redaksi hadis
yang dimaksudkan di sini, yaitu,

 اي أاب ذر ما السموات السبع ..1429

Abu al-Shaykh juga meriwayatkannya melalui jalur lain, yaitu melalui Isma’il bin
‘Ayyash dari ‘Ash’ath bin ‘Abd Allah dari ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Umar dari Abu Dharr dengan
redaksi sedikit berbeda.1430 al-Bayhaqi juga meriwayatkannya dengan jalur yang lain, yaitu
melalui al-Hasan bin ‘Arafah dari Yahya bin Sa’id al-Sa’di dari ‘Abd Malik bin Jurayj dari ‘Ata’
dari ‘Ubayd bin ‘Umayr al-Laythi dari Abu Dharr secara marfu’ dengan redaksi yang hampir
sama.1431

Hukum Hadis: Da’if.

Dalam riwayat Ibn Hibban, Abu Nu’aym dan lain-lainnya terdapat Yahya al-Ghassani.
Ibn Hibban berkata,

كان ممن يروي عن الثقات املقلوابت، ال جيوز الرواية عنه ملا أكثر من خمالفة الثقات فيما يروي عن األثبات.

Ibn Hajar berpendapat ia da’if.
1432 Jadi riwayat ini da’if. Jalur kedua terdapat ‘Abd ‘Aziz bin
‘Umar. Penulis belum menemukan identitasnya.

Dalam riwayat al-Bayhaqi, pada sanadnya terdapat Yahya bin Sa’id al-Sa’di. al-‘Uqayli
berpendapat ia periwayatannya tidak diikuti perawi lain (la yutaba’ ‘alayh). Ibn Hibban berkata,
ia meriwayatkan hadis-hadis maqlub dan kacau, sehingga tidak layak ber-hujjah dengannya.1433

hadis ini mempunyai shahid yang diriwayatkan oleh Abu al-Shaykh dari Ibn ‘Abbas. Namun ia
melalui Nuh bin Abi Maryam, yang dituduh pendusta oleh ulama hadis. Jadi hadis ini tidak dapat
menguatkan riwayat Abu Dharr.1434 Kesimpulannya, hadis ini secara umum masih dapat
dihukumi da’if, sebab dalam beberapa jalurnya tidak terdapat perawi yang dituduh pendusta.


  • 1428 Ibn Hibban, Sahih, Kitab al-Birr wa al-Ihsan, Bab Ma Ja’a fi al-Ta‘ah wa Thawabiha, h.n. 362; alBayhaqi, al-Asma’ wa al-Sifat, hlm. 405; Abu Nu’aym, Hilyah al-Awliya’, jil. 1, hlm. 166-168; al-Ajuri, al-Arba’in,hlm. 127-132, h.n. 40; Abu al-Shaykh, al-‘Azamah, jil. 2, hlm. 648-649, h.n. 258.
  • 1429 Ahmad, Musnad, jil. 5, hlm. 265; al-Haythami, Kashf al-Astar, jil. 1, hlm. 93, h.n. 160.
  • 1430 Abu al-Shaykh, al-‘Azamah, jil. 2, hlm. hlm. 635-637, h.n. 252.
  • 1431 al-Bayhaqi, al-Asma’ wa al-Sifat, hlm. 404.
  • 1432 Ibn Hibban, al-Majruhin, jil. 3, hlm. 126; al-Dhahabi, Mizan al-I’tidal, jil. 4, hlm. 413; Ibn Hajar, Taqribal-Tahdhib, hlm. 590.
  • 1433 al-Dhahabi, Mizan al-I’tidal, jil. 4, hlm. 377.
  • 1434 Abu al-Shaykh, al-‘Azamah, jil. 2, hlm. 546-547, h.n. 192.