Hadis 289


لو وزن إيمان أبي بكر مع إيمان أمتي لرجح إيمان أبي بكر

“Sekiranya iman Abu Bakar ditimbang dengan iman umatku, tentu iman Abu Bakarlah yang lebih berat.”

Takhrij Hadis:

Terdapat perbedaan pendapat ulama tentang kedudukan hadis ini. Ia telah diriwayatkan secara marfu’ sebagai sabda Rasulullah Saw. oleh Ibn ‘Adiy dan al-Daylami dari Ibn ‘Umar. Sedangkan Ibn Rahuwayh, al-Bayhaqi, ‘Abdullah bin Ahmad meriwayatkannya dari ‘Umar secara mawquf sebagai perkataan beliau.702

Hukum Hadis: Mawquf, da’if.

al-‘Iraqi, al-Sakhawi, al-Suyuti mengatakan bahwa sanad yang marfu’ ini da’if.

Sedangkan sanad yang mawquf ini sahih.703


  • 702 Ibn ‘Adiy, al-Kamil, jil. 4, hlm. 201; al-Daylami, Firdaws al-Akhbar, jil. 3, hlm. 377, h.n. 5148; al-Bayhaqi; Shu’ab al-Iman, jil. 1, hlm. 69, h.n. 36.
  • 703 al-‘Iraqi, al-Mughni, jil. 1, hlm. 75; al-Sakhawi, al-Maqasid al-Hasanah, hlm. 349; al-Suyuti, al-Durar al-Mutanathirah, hlm. 356.