Hadis 163


يا ثوبان، هؤلاء يعذبون في قبورهم، ودعوت لهم فخفف الله عنهم العذاب. ثم قال: ياثوبان لو صام هؤلاء يوما من رجب وما ناموا منه ليلة ما عذبوا في قبورهم. قلت: يا رسول الله أصوم يوم وقيام ليلة منه يمنع عذاب القبر ثم قال: ياثوبان، والذي بعثني بالحق نبيا، ما من مسلم ومسلمة يصوم يوما ويقوم ليلة من رجب يريد بهما وجه الله، إلا كتب الله له عبادة سنة صام نهارها وقام ليالها.

“Wahai Thauban, mereka itu diazab dalam kubur mereka. Lalu aku mendoakan mereka, maka Allah pun meringankan azab mereka. Selanjutnya Nabi bersabda: “Wahai Thauban, sekiranya mereka berpuasa satu hari saja pada bulan Rajab, dan tidak tidur satu malam pada bulan itu, niscaya mereka tidak akan diazab dalam kubur mereka.” Aku bertanya: “Ya Rasulallah, apakah puasa sehari dan shalat semalam di bulan itu dapat menolak azab kubur?” Jawab Nabi: “Wahai Thauban, demi Allah yang telah membangkitkan aku benar-benar sebagai seorang Nabi, tidak seorang muslim pun, baik laki-laki maupun perempuan, yang berpuasa sehari dan shalat semalam di bulan Rajab, yang dengan itu menginginkan keridaan Allah, kecuali Allah mencatat untuknya ibadah satu tahun, yang ia puasai siangnya dan shalati malam-malamnya.”

Takhrij Hadis:

Hadis dengan lafaz seperti ini belum  ditemukan. al-Khubawi mengutipnya dari kitab Rawnaq al-Majalis.432

Hukum Hadis: Mawdu’/Palsu.

Hadis ini dapat dinilai palsu berdasarkan kaedah yang disebutkan oleh Ibn Hajar dan Ibn Qayyim seperti yang dijelaskan pada hadis ke 154.


  • 432 Ibid.