أتيت بدابة وهي أشبه الدواب بالبغل وهو البراق الذي كان يركبه الأنبياء. قال: فانطلق بي يضع يده عند منتهى بصره فسمعت
نداء عن يميني يا محمد على رسلك فمضيت ولم أعرج عليه ثم سمعت نداء عن شمالي ولم ألتفت إليه، ثم استقبلتني امرأة وعليها من
كل زينة فمدت يدها وقالت: على رسلك. فمضيت ولم ألتفت إليها. ثم أتيت ببيت المقدس – أو قال: المسجد الأقصى – فنزلت وأوثقته بالحلقة التي كانت الأنبياء يوثقونه بها، ثم دخلت المسجد فصليت، فقلت: يا جبرائيل، سمعت النداء عن يميني، فقال: ذلك داعي اليهودية، أما إنك لو وقفت عليه لتهودت أمتك. فقلت: سمعت النداء عن شمالي. فقال: ذلك داعي النصرانية، أما إنك لو وقفت عليه لتنصرت أمتك، وأما المرأة فكانت الدنيا تزينت لك، أما إنك لو وفقت عليها لاختارت أمتك الدنيا على الآخرة. ثم أتينا بإنائين أحدAا فيه لبن والآخر فيه خمر، فقال لي: اشرب أيهما شئت، فأخذت اللبن فشربته وتركت الخمر. فقال جبرائيل: أصبت الفطرة، أي أعطيت أمتك الإسلام، أما إنك لو أخذت الخمر لغوت أمتك.
“Didatangkan kepadaku seekor binatang yang lebih mirip dengan bighal. Itulah Buraq yang pernah dinaiki oleh para Nabi.’ Kata Nabi, ‘Maka, binatang itu membawaku pergi. Ia menapakkan
kaki depannya sejauh pandangannya. Maka, terdengarlah olehku panggilan di sebelah kananku, ‘Ya Muhammad, tunggulah sebentar!’ Namun, aku meneruskan perjalanan tanpa mempedulikannya. Kemudian aku mendengar pula suatu seruan di sebelah kiriku, dan aku pun meneruskan perjalanan tanpa berpaling kepadanya. Seterusnya aku dihadang oleh seorang wanita yang mengenakan segala perhiasan. Wanita itu mengulurkan tangannya seraya berkata, ‘Tunggulah sebentar.’ Namun aku meneruskan perjalanan tanpa berpaling kepadanya. Kemudian sampailah aku ke Bayt al-Maqdis atau Nabi mengatakan Masjid al-Aqsa. Lalu, aku pun turun dan mengikat Buraq pada sebuah lubang, tempat para Nabi dulu mengikatkannya di sana. Selanjutnya, aku masuk masjid lalu shalat. ‘Ya Jibril’ kataku; ‘Aku tadi mendengar seruan di sebelah kananku.’ Jibril menyahut, ‘Itu penyeru agama Yahudi. Sekiranya engkau tadi berhenti menurutinya, niscaya umatmu menjadi Yahudi.’ Aku bertanya pula, ‘Aku tadi mendengar juga seruan di sebelah kiriku.’ Jibril berkata, ‘Itu penyeru agama Nasrani. Sekiranya engkau tadi berhenti menurutinya, niscaya umatmu menjadi Nasrani. Adapun wanita itu adalah dunia. Ia telah berhias untukmu. Sekiranya engkau tadi berhenti menurutinya, niscaya umatmu memilih dunia daripada akhirat.’ Sesudah itu aku diberi dua buah mangkuk yang satu berisi susu, sedang yang lain berisi arak. Jibril berkata kepadaku, ‘Minumlah mana yang engkau kehendaki dari kedua minuman ini!’ Dan aku pun mengambil susu, lalu aku minum. Arak itu aku tinggalkan. Engkau tepat memilih kesucian!’ kata Jibril. “Maksudnya, engkau telah memberikan Islam kepada umatmu. Sekiranya engkau mengambil arak, niscaya sesatlah umatmu,’” katanya.
Takhrij Hadis:
Hadis ini, seperti yang juga dikutip oleh al-Suyuti, diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dalam al-Dala’il, al-Tabari dalam tafsirnya, Ibn Mundhir, Ibn Abi Hatim, Ibn Mardiwayh dan Ibn ‘Asakir. Semuanya dari Abu Sa’id melalui Abu Harun al-‘Abdi dengan redaksi sedikit berbeda.918
Hukum Hadis: Mawdu’/Palsu.
Dalam semua sanad hadis ini terdapat Abu Harun al-‘Abdi. Hammad bin Zayd telah menuduhnya sebagai pendusta. Menurut Ahmad ia tidak cacat (lays bi shay’). Sedangkan Ibn Ma’in berpendapat ia da’if. hadisnya tidak dapat dipercayai. al-Nasa’i menilainya matruk al- Hadith (Hadisnya ditinggalkan). Shu’bah berkata bahwa beliau lebih senang dibunuh daripada meriwayatkan hadis dari Abu Harun; هارون أبي عن أحدث أن من إلي أحب عنقي فتضرب (Dipenggal leherku lebih aku sukai daripada meriwayatkan hadis dari Abu Harun).
Menurut Ibn Hibban, ia seorang pengikut mazhab Rafidah, meriwayatkan dari Abu Sa’id hadis-hadis yang tidak dimiliki oleh Abu Sa’id, tidak boleh menulis hadis-hadisnya kecuali dengan maksud terheran (li al-ta‘ajjub). Ibn Hajar menilainya sebagai perawi yang ditinggalkan (matruk). Sebagian ulama menuduhnya pendusta dan ia pengikut Shi’ah.919 Jadi sanadnya sangat da’if, bahkan mawdu’.
- 918 al-Bayhaqi, Dala’il al-Nubuwwah, jil. 2, hlm. 390-391; al-Tabari, Tafsir, jil. 15, hlm. 11-12; al-Suyuti, al-Khasa’is al-Kubra, jil. 1, hlm. 276-280; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, jil. 3, hlm. 266.
- 919 al-‘Uqayli, al-Du’afa’, jil. 3, hlm. 313; Ibn Hibban, al-Majruhin, jil. 2, hlm. 313; al-Dhahabi, Mizan al-I’tidal, jil. 3, hlm. 173; Ibn Hajar, Taqrib al-Tahdhib, hlm. 408.