Hadis 712


سبب نزول هذه اآلية (اي أيها الذين آمنوا إذا نودي للصالة)1667أن النيب صلى هللا عليه وسلم كان خيطب على املنرب يوم اجلمعة إذ أقبل دحية الكليب من جتارة الشام وضرب الطبل ليؤذن الناس بقدومه، فخرج الناس إليه ومل يبق يف املسجد إال اثنا عشر رجال. فنزلت هذه اآلية (وإذا رأوا جتارة أو هلوا انفضوا إليها وتركوك قائما) 1668 فقال: والذي نفسي بيده لو مل يبق هؤالء اال اثنا عـشـر رجال منكم لسال الوادي انرا.

Sebab turunnya ayat ini ‘Wahai orang-orang beriman apabila diseru untuk menunaikan shalat’
bahwasanya Nabi Saw. berkhutbah di atas mimbar pada hari Jum’at, tiba-tiba datanglah Dihyah
al-Kalbi, seorang niagawan dari Sham, dengan memukul tubuh untuk menyeru orang tentang
kedatangannya. Di dalam masjid hanya tinggal dua belas orang laki-laki. Maka turunlah ayat
berikut ini, ‘Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju
padanya dan mereka tinggalkan kamu selagi berdiri (berkhutbah).’ ‘Demi Allah yang diriku ada
pada kekuasaan-Nya, sekiranya tidak ada dua belas orang laki-laki yang tinggal di antara kalian,
niscaya lembah ini akan mengalir api.’”

Takhrij Hadis:

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Jabir dengan redaksi berbeda.
Redaksi yang disebutkan al-Khubawi di sini adalah riwayat ‘Abd bin Humyd dari Hasan al-Basri
secara mursal seperti yang dikutip oleh al-Suyuti.1669

Hukum Hadis: Sahih.

Hadis ini sahih dengan riwayat al-Bukhari dan Muslim.


  • 1667 al-Qur’an, al-Jum’ah 62: 9.
  • 1668 al-Qur’an, al-Jum’ah 62: 11.
  • 1669 al-Bukhari, Sahih, Kitab al-Jum’ah, Bab Idha Nafar al-Nas ‘an al-Imam fi Salah al-Jum’ah, h.n. 936, dan lih. h.n. 2058, 2064 dan 4899; Muslim, Sahih, Kitab al-Jum’ah, Bab fi Qawlih Ta’ala wa Idha Ra’aw Tijarah, h.n.863.