لو كانت الدنيا تعدل عند هللا جناح بعوضة أو جناح طري ما سقى كافرا منها شربة.
“Sekiranya dunia ini di sisi Allah sebanding dengan sayap seekor nyamuk atau sayap seekor
burung, maka Dia takkan memberi minum kepada orang kafir, meskipun seteguk air.”
Takhrij Hadis:
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tirmidhi melalui ‘Abd al-Hamid bin Sulayman, Ibn Majah
dan al-Hakim melalui Zakariyya bin Manzur. Semuanya dari Sahal bin Sa’ad. Ahmad
meriwayatkannya dalam al-Zuhd secara mawquf dari Abu al-Darda’.1062
Hukum Hadis: Da’if.
Dalam sanad al-Tirmidhi terdapat ‘Abd al-Hamid bin Sulayman. Menurut Yahya, ia tidak
thiqah. Dalam riwayat lain beliau berkata bahwa ia tidak cacat (lays bi shay’). Abu Dawud
berpendapat ia tidak thiqah. al-Nasa’i, al-Daraqutni, al-Dhahabi dan Ibn Hajar menilainya da’if.
Jadi sanad ini da’if.1063
Dalam sanad Ibn Majah dan al-Hakim terdapat Zakariyya bin Manzur. Menurut Ibn Ma’in
ia tidak thiqah. al-Daraqutni berpendapat ia ditinggalkan (matruk). al-Dhahabi, Ibn Hajar dan alBusiri menilainya da’if.1064 al-Tirmidhi mengatakan bahwa hadis ini sahih gharib dari sudut ini.
al-Hakim menghukumi riwayatnya sahih, namun ditolak oleh al-Dhahabi. al-Suyuti juga menghukuminya sahih, namun ditolak oleh al-Munawi dengan alasan seperti di atas. hadis ini
dihukumi da’if oleh al-Dhahabi, al-Busiri dan al-Munawi.1065
- 1061 Ibn al-Jawzi, al-Mawdu’at, jil. 2, hlm. 125; al-Dhahabi, Tartib al-Mawdu’at, hlm. 262, h.n. 934; alShawkani, al-Fawa’id al-Majmu‘ah, hlm. 234; Ibn ‘Arraq, Tanzih al-Shari’ah, jil. 2, hlm. 301; al-Suyuti, al-La’ali,jil. 2, hlm. 312; al-Suyuti, al-Jami’ al-Saghir, jil. 1, hlm. 120-121; al- Munawi, Fayd al-Qadir, jil. 1, hlm. 467.
- 1062 al-Tirmidhi, Sunan, Kitab al-Zuhd, Bab Ma Ja’a fi Hawan al-Dunya ‘ala Allah Swt., h.n. 2320; Ibn Majah,Sunan, Kitab al-Zuhd, Bab Mathal al-Dunya, h.n. 4110; al-Hakim, al-Mustadrak, Kitab al-Riqaq, Bab Ni‘matanMaghbun fiha Kathir min al-Nas, jil. 3, hlm. 306; Ahmad, al-Zuhd, hlm. 198, h.n. 724.
- 1063 al-Dhahabi, Mizan al-I’tidal, jil. 2, hlm. 541; Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthman al-Dhahabi, al-Mughnifi al-Du’afa’, Tah. Dr. Nur al-Din ‘Itr, Dar al-Ma’arif, Halab, 1971, jil. 1, hlm. 369; Ibn Hajar, Taqrib al-Tahdhib,hlm. 333.
- 1064 al-Dhahabi, Mizan al-I’tidal, jil. 2, hlm. 74-75; al-Dhahabi, al-Mughni, jil. 1, hlm. 240; Ibn Hajar, Taqrib al-Tahdhib, hlm. 216; al-Busiri, Misbah al-Zujajah, jil. 2, hlm. 322, h.n. 1455.