قالوا: اي رسول هللا أرأيت قول هللا تعاىل إن هللا ومالئكته يصلون على النيب. فقال: هذا من علم املكنون، ولو أنكم سألتموين ما أخربتكم به. إن هللا تعاىل وكل يب ملكني فال أذكر عند مسلم فيصلي علي إال قال ذلك امللكان: غفر هللا لك. وتقول املالئكة جوااب هلما: آمني. وال أذكر عند مسلم فال يصلي علي إال قال ذلك امللكان: ال يغفر هللا لك. وتقول املالئكة جوااب هلما: آمني.
“Para sahabat bertanya, ‘Ya Rasulallah, bukankah Engkau tahu tentang firman Allah Ta’ala,
‘Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada Nabi,’ maka jawab Nabi Saw.,
‘Ini termasuk ilmu tersimpan. Dan sekiranya kamu sekalian tidak bertanya kepadaku, maka aku
tidak akan memberitahukannya kepadamu.’ Kata Nabi Saw. selanjutnya, ‘Sesungguhnya Allah
Ta’ala menugaskan untukku dengan dua malaikat. Maka, tidaklah namaku disebut di hadapan
seorang muslim, lalu ia mengucapkan shalawat kepadaku, melainkan kedua malaikat itu berkata,
‘Semoga Allah mengampuni kamu.’ Sedang malaikat-malaikat lainnya berkata sebagai jawaban
kepada dua malaikat itu, ‘Amin!’. Dan, tidaklah namaku disebut di hadapan seorang muslim, lalu
ia tidak mengucapkan shalawat kepadaku, melainkan kedua malaikat itu berkata, ‘Semoga Allah
tidak mengampunimu.’ Sedang malaikat-malaikat lainnya berkata sebagai jawaban kepada kedua
malaikat itu, ‘Amin!’”
Takhrij Hadis:
Hadis ini seperti yang dikutip oleh al-Sakhawi, diriwayatkan oleh al-Tabarani, Ibn
Mardiwayh dan al-Tha‘labi. al-Sakhawi sendiri meriwayatkannya dalam kitab Amali al-Daqiqi.
Semuanya dari Ummu Anas bint al-Husayn bin ‘Ali dari bapaknya melalui al-Hakim bin ‘Abd
Allah al-Khuttaf.1277
Hukum Hadis: Amat da’if.
al-Hakim al-Khuttaf dinilai oleh al-Sakhawi sebagai ditinggalkan (matruk). Jadi sanad ini
sangat da’if.1278
- 1276 Hlm. 381-382.
- 1277 al-Sakhawi, al-Qawl al-Badi’, hlm. 171.
- 1278 Ibid.