Hadis 12


عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ: قُلْنَا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكَ تَبْعَثُنَا فَنَنْزِلُ بِقَوْمٍ لَا يَقْرُونَنَا فَمَا تَرَى فِيهِ؟ فَقَالَ لَنَا: (إِنْ نَزَلْتُمْ بِقَوْمٍ فَأَمَرُوا لَكُمْ بِمَا يَنْبَغِي لِلضَّيْفِ فَاقْبَلُوا، فَإِنْ لَمْ يَفْعَلُوا فَخُذُوا مِنْهُمْ حَقَّ الضَّيْفِ) رواه البخاري:2329)

Artinya : Dari Uqbah bin ‘Amir RA, ia berkata: Kami berkata kepada Nabi engkau mengutus kami dan kami singgah pada suatu kaum, namun mereka tidak menjamu kami. Bagaimana pendapatmu tentang hal ini?” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Jika kalian singgah di suatu kaum lalu mereka memberikan kepada kalian apa yang sepatutnya diberikan kepada tamu, maka terimalah. Namun jika mereka tidak melakukannya, maka ambillah dari mereka hak tamu kalian.”( H.R. Bukhari no.2329)

Isi  kandungan hadis yang diriwayatkan oleh Uqbah bin ‘Amir RA,dan direkodkan dalam Sahih alBukhari (2329):   Sahabat Mengadu Kepada Nabi SAW : Para sahabat berkata: “Engkau mengutus kami (dalam perjalanan), dan kami singgah di tempat suatu kaum, tetapi mereka tidak menjamu kami. Apa pendapatmu tentang itu?”  lalu Jawab Nabi SAW dua Keadaan:  Jika tuan rumah melayani kamu: “Jika mereka menyediakan apa yang selayaknya untuk tetamu, maka terimalah.” Ini menunjukkan sunah menerima layanan dengan baik, tanpa membebani atau menolak secara sombong. Jika tuan rumah tidak menjamu kamu: “Jika tidak, maka ambillah daripada mereka hak tetamu.” Ini menunjukkan hak tetamu adalah hak yang diiktiraf dalam Islam, dan boleh dituntut sekiranya diabaikan.   Hak Tetamu Diiktiraf Dalam Islam: Menjamu tetamu bukan sekadar amalan sunat atau adab, tetapi merupakan tanggungjawab sosial yang diiktiraf syarak, lebih-lebih lagi apabila tetamu dalam kesusahan.   Teguran Terhadap Tuan Rumah Yang Lalai: Hadis ini memberi isyarat bahawa enggan menjamu tetamu adalah kelakuan yang tercela, dan boleh ditegur secara langsung atau tidak langsung.