Memberikan Rawatan Kepada Orang Sakit


جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ : لَدَغَتْ رَجُلًا مِنَّا عَقْرَبٌ، وَنَحْنُ جُلُوسٌ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرْقِي؟ قَالَ:

مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَنْفَعَ أَخَاهُ فَلْيَفْعَلْ

صحيح مسلم

Daripada Jabir bin Abdullah RA menceritakan bahawa seorang lelaki telah disengat kalajengking, dan ketika itu kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW. Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, bolehkah aku jampikan. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa di kalangan kamu yang mampu memberikannya manfaat (menyembuhkan) saudaranya maka lakukanlah.

(Sahih Muslim)